Khamis, 7 April 2011

POKOK MELUR CINA


 Nama Herba : Bunga Cina 
Nama Saintifik: Gardenia Augusta 
Lokasi dijumpai: Di halaman rumah, taman-taman bunga
Kegunaan
Boleh digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis, seriawan, demam dan sembelit. Caranya untuk kencing manis ambil 12 helai bunga cina direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari. Untuk seriawan pula, ambil 7 helai daunnya diramas dengan secawan air lalu ditapis dan dicampurkan dengan 2 sudu makan madu dan seketul gula batu. Minum 2 kali sehari. Manakala untuk demam pula, ramas 7 helai daunnya dengan secawan air yang dicampur dengan gula batu lalu diminum 2 kali sehari. Bagi merwat sembelit pula ambil 3 biji buahnya direbus dengan 2 gelas air sehingga mendidih yang berbaki hanya satu gelas sahaja. Pokok ini mempunyai potensi untuk dikomersialkan sebagai minyak wangi kerana bau bunganya yang sangat harum. 

POKOK NAGA BUANA

Morfologi

Bunga
- Mempunyai bunga merah yang halus dan berukuran lebih kurang 0.5cm panjang.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Mudah hidup dan boleh dijadikan sebagai pokok hiasan di halaman rumah.
- Pokok ini boleh tumbuh setinggi 60cm.
- Dapat hidup di tempat yang terbuka.

Khasiat ubatan
- Dapat mengubati sakit gigi, panas badan, melecur dan sakit perut.
- Air rebusan akar naga buana dipercayai dapat melegakan tekanan darah tinggi.
- Digunakan juga untuk ketumbuhan di payudara dengan menumbuk daun naga buana dengan halia dan ditampalkan pada tempat yang membengkak.



POKOK DUKUNG ANAK

Nama Saintifik: Phyllanthus Niruri
Nama Biasa: Dukung Anak
Lokasi dijumpai: Di tepi longkang dan di kawasan pertanian
Kegunaan
Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga, bronchitis, kusta, anemia, penyakit kelenjar kencing, anuria dan asma. Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah (dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India). Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta (scabies) dan kurap. Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning (jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir.