Khamis, 7 April 2011

POKOK MELUR CINA


 Nama Herba : Bunga Cina 
Nama Saintifik: Gardenia Augusta 
Lokasi dijumpai: Di halaman rumah, taman-taman bunga
Kegunaan
Boleh digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis, seriawan, demam dan sembelit. Caranya untuk kencing manis ambil 12 helai bunga cina direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari. Untuk seriawan pula, ambil 7 helai daunnya diramas dengan secawan air lalu ditapis dan dicampurkan dengan 2 sudu makan madu dan seketul gula batu. Minum 2 kali sehari. Manakala untuk demam pula, ramas 7 helai daunnya dengan secawan air yang dicampur dengan gula batu lalu diminum 2 kali sehari. Bagi merwat sembelit pula ambil 3 biji buahnya direbus dengan 2 gelas air sehingga mendidih yang berbaki hanya satu gelas sahaja. Pokok ini mempunyai potensi untuk dikomersialkan sebagai minyak wangi kerana bau bunganya yang sangat harum. 

POKOK NAGA BUANA

Morfologi

Bunga
- Mempunyai bunga merah yang halus dan berukuran lebih kurang 0.5cm panjang.

Khasiat makanan/Kegunaan/Keterangan
- Mudah hidup dan boleh dijadikan sebagai pokok hiasan di halaman rumah.
- Pokok ini boleh tumbuh setinggi 60cm.
- Dapat hidup di tempat yang terbuka.

Khasiat ubatan
- Dapat mengubati sakit gigi, panas badan, melecur dan sakit perut.
- Air rebusan akar naga buana dipercayai dapat melegakan tekanan darah tinggi.
- Digunakan juga untuk ketumbuhan di payudara dengan menumbuk daun naga buana dengan halia dan ditampalkan pada tempat yang membengkak.



POKOK DUKUNG ANAK

Nama Saintifik: Phyllanthus Niruri
Nama Biasa: Dukung Anak
Lokasi dijumpai: Di tepi longkang dan di kawasan pertanian
Kegunaan
Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga, bronchitis, kusta, anemia, penyakit kelenjar kencing, anuria dan asma. Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah (dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India). Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta (scabies) dan kurap. Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning (jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir.

Ahad, 27 Mac 2011

POKOK KAPAL TERBANG

nama poko ini ialah pokok kapal terbang, bukan kerana ia boleh terbang tetapi kerana struktur daunnya seperti sayap kapal terbang..ce tengok ce tengok sama x. kalau x nampak 2 ada masalan pada masalah pada mata anda le 2...huhu,khasiat daun kapal terbang ini telah dikenal pasti dapat mengubat luka2 kecil pada kulit, seperti terkena pisau atau apa2 je lah..asal bukan parah,kalau parah jumpa doktor la..pokok ni tak dapek nak nolong eh..

Sabtu, 26 Februari 2011

POKOK LIDAH BUAYA ( ALOE VERA)


Tanaman ini mendapat nama yang cukup menyeramkan. Tanaman yang juga dikenali sebagai aloe vera ini memiliki duri pada sisi daunnya menjadikan ia kelihatan meyeramkan. Bahkan dikaitkan dengan reptilia yang mengerikan. Tetapi, disebalik nama dan rupanya yang kurang menawan lidah buaya banyak mamfaat baik kesihatan mahupun kecantikan.

Lidah buaya atau Aloevera adalah salah satu tanaman ubat yang berkhasiat dan dapat menyembuhkan berbagai penyakit. Di antaranya diabetes melitus dan serangan jantung. Selain itu juga ia dapat menyuburkan rambut,membuang sel kulit mati pada wajah, menghilangkan parut dan banyak lg..

Jumaat, 25 Februari 2011

POKOK MISAI KUCING

Pokok misai kucing salah satu herba yang popular dikalangan masyarakat melayu dan cina.Ia dinamakan sebagai misai kucing kerana bunganya seperti misai kucing. Nama saintifik bagi misai kucing adalah orthosiphon stamineus. Misai kucing berkembang dengan subur pada tanah yang mempunyai penyaliran air yang baik dengan cahaya matahari yang mencukupi dan dapat tumbuh dengan ketinggian 1.000 meter. Misai kucing digunakan untuk mengubati penyakit di buah pinggang, pundi kencing, sistem peredaran darah, ia juga turut digunakan untuk merawat gout, rheunatism, dan mengurangkan free radical didalam badan bertindak sebagai antioksida. Seluruh bahagian tumbuhan ini dididihkan didalam air untuk diminum kerana ia dipercayai dapat membuang batu yang tumbuh didalam pundi kencing dan buah pinggang.

DAUN SAMBUNG NYAWA


satu alternatif tradisional bagi mencegah dan menghilangkan sakit kepala. paling tidak pun, ia akan mengurangkan rasa pening kepala itu sendiri. apa yang anda perluka ialah daun sambung nyawa. anda boleh gunakan bahagian pucuknya. kesanyan lebih baik terutamanya bagi pesakit migrain. sambung nyawa ini juga dikenali sebagai gynura procumbens. anda cuma perlu memakan 1 atau 2 helai daun sambung nyawa ni setiap hari. boleh jadikan ulam ataupun dimakan begitu saja. cam roti gardenia...lebih enak dimakan begitu saja....,selain pening kepala, amalan memakan daun ini boleh mengurangkan tekanan darah tinggi....kiranya anda boleh jadikannya sebagai penawar darah tinggi juga....secara tak langsung, ia bertindak mengatasi komplikasi sakit kepala itu sendiri. begitu juga halnya jika anda diserang migrain, amalan memakan bahagian pucuk sambung nyawa ni amat adalah lebih baik. boleh diamalkan setiap hari. InsyaAllah anda akan merasai kesan positifnya.

.
kesimpulanaya, daun dan pucuk sambung nyawa ni bukan sekadar ubat untuk melegakan  pening kepala. malah ia turut berfungsi mengubati komplikasi yang menyebabkan pening kepala itu sendiri  seperti darah tinggi dan migrain.