Jumaat, 25 Februari 2011
POKOK MISAI KUCING
Pokok misai kucing salah satu herba yang popular dikalangan masyarakat melayu dan cina.Ia dinamakan sebagai misai kucing kerana bunganya seperti misai kucing. Nama saintifik bagi misai kucing adalah orthosiphon stamineus. Misai kucing berkembang dengan subur pada tanah yang mempunyai penyaliran air yang baik dengan cahaya matahari yang mencukupi dan dapat tumbuh dengan ketinggian 1.000 meter. Misai kucing digunakan untuk mengubati penyakit di buah pinggang, pundi kencing, sistem peredaran darah, ia juga turut digunakan untuk merawat gout, rheunatism, dan mengurangkan free radical didalam badan bertindak sebagai antioksida. Seluruh bahagian tumbuhan ini dididihkan didalam air untuk diminum kerana ia dipercayai dapat membuang batu yang tumbuh didalam pundi kencing dan buah pinggang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan