Tanaman ini mendapat nama yang cukup menyeramkan. Tanaman yang juga dikenali sebagai aloe vera ini memiliki duri pada sisi daunnya menjadikan ia kelihatan meyeramkan. Bahkan dikaitkan dengan reptilia yang mengerikan. Tetapi, disebalik nama dan rupanya yang kurang menawan lidah buaya banyak mamfaat baik kesihatan mahupun kecantikan.
Sabtu, 26 Februari 2011
Jumaat, 25 Februari 2011
POKOK MISAI KUCING
Pokok misai kucing salah satu herba yang popular dikalangan masyarakat melayu dan cina.Ia dinamakan sebagai misai kucing kerana bunganya seperti misai kucing. Nama saintifik bagi misai kucing adalah orthosiphon stamineus. Misai kucing berkembang dengan subur pada tanah yang mempunyai penyaliran air yang baik dengan cahaya matahari yang mencukupi dan dapat tumbuh dengan ketinggian 1.000 meter. Misai kucing digunakan untuk mengubati penyakit di buah pinggang, pundi kencing, sistem peredaran darah, ia juga turut digunakan untuk merawat gout, rheunatism, dan mengurangkan free radical didalam badan bertindak sebagai antioksida. Seluruh bahagian tumbuhan ini dididihkan didalam air untuk diminum kerana ia dipercayai dapat membuang batu yang tumbuh didalam pundi kencing dan buah pinggang.
DAUN SAMBUNG NYAWA
satu alternatif tradisional bagi mencegah dan menghilangkan sakit kepala. paling tidak pun, ia akan mengurangkan rasa pening kepala itu sendiri. apa yang anda perluka ialah daun sambung nyawa. anda boleh gunakan bahagian pucuknya. kesanyan lebih baik terutamanya bagi pesakit migrain. sambung nyawa ini juga dikenali sebagai gynura procumbens. anda cuma perlu memakan 1 atau 2 helai daun sambung nyawa ni setiap hari. boleh jadikan ulam ataupun dimakan begitu saja. cam roti gardenia...lebih enak dimakan begitu saja....,selain pening kepala, amalan memakan daun ini boleh mengurangkan tekanan darah tinggi....kiranya anda boleh jadikannya sebagai penawar darah tinggi juga....secara tak langsung, ia bertindak mengatasi komplikasi sakit kepala itu sendiri. begitu juga halnya jika anda diserang migrain, amalan memakan bahagian pucuk sambung nyawa ni amat adalah lebih baik. boleh diamalkan setiap hari. InsyaAllah anda akan merasai kesan positifnya.
.
POKOK ULAM RAJA
Ulam ini paling digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Ulam ini diberi nama ulam raja adalah kerana ia merupakan raja segala ulam. Berbeza dengan ulam lain, ulam raja seakan meninggalkan rasa gasnya yang tersendiri. Seiring nama saintifiknya cosmos caudatus, ulam raja sebenarnya tergolong dalam jenis kosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna-warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yang kecil dan berwarna pucat ala merah jambu ataupun putih. Ulam ini mengandungi nilai khasiat yang tinggi kepada tubuh. Ianya mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat. Malah ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.
Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khaistnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksik dan juga menguatkan tulang. Klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi pelbagai jenis bahan kimia semulajadi yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengan bakteria dan fungus seperti candida albicans danBacillus subtilis serta E.Coli.
Langgan:
Catatan (Atom)